Mengapa saya katakan begini?
Ini kerana kenaikan yang berlaku adalah disebabkan oleh aliran kemasukan dana dari luar, iaitu pelabur asing yang turut melabur di KLCI dan bukannya disebabkan oleh dana yang datang daripada pelabur tempatan.
Sungguhpun ianya memberikan impak positif terhadap pasaran, namun sebenarnya fenomena ini amat membimbangkan kerana kebiasaannya para pelabur luar yang membuat pelaburan di Malaysia hanya kerana mereka ingin mengaut keuntungan dalam jangkamasa yang singkat.
Dana bernilai jutaan ringgit yang mengalir masuk meningkatkan "Demand" di dalam pasaran, sekaligus menyebabkan Indeks KLCI naik dengan mendadak.
Akan tiba satu masa dimana para pelabur asing ini ingin mengambil keuntungan, lalu mereka akan menjual semuala pegangan mereka dan ini akan menyebabkan "Supply" yang tinggi di dalam pasaran sekaligus menyebabkan Indeks KLCI di pasaran tempatan jatuh menjunam!!
Situasi ini pernah berlaku semasa krisis kewangan Asia pada 1997/1998 apabila indeks utama yang ketika itu berada di paras 1,300 jatuh menjunam kepada 262 akibat pengaliran keluar pelaburan asing.
Justeru, tidak perlu ghairah dengan situasi ini kerana mereka (pelabur asing) hanya datang dengan satu tujuan iaitu menaikkan harga saham dan jual balik pada harga yang tinggi.
Sumber: pelaburjutawan.com
No comments:
Post a Comment